Friday 27 January 2012

Resmi Hidup

Hidup ni bak roda. Kadang di atas. Kadang di bawah. Patah tumbuh hilang berganti. Macam tu la perancangan DIA. Orang kata, bila tertutup satu pintu, ALLAH buka sembilan lagi pintu. Tapi kita seringkali memandang pintu yang tertutup tu. Ah manusia..... kehendak tak pernah yang bertepi.

Aku telah kehilangan. Cukup besar padaku sebab seluruh hidup aku terlingkung dek apa yang aku hilang itu. Bukan senang nak menerima kenyataan. Tapi itu janji ALLAH. Seharusnya aku bersyukur. DIA pinjamkan dan kini DIA ambil kembali. Tiada daya aku menahan sebab perancanganNYA lebih besar daripada perancanganku sendiri. Belum tentu yang aku suka dan aku sayang itu baik untukku.

Jadi aku pasrah dan redha dengan perpisahan ini. Ini jalan yang terbaik buat kami, insyaALLAH. Lalu aku kembali meladeni hidup ini sendirian. Tapi ALLAH Maha Adil. Diambilnya sesuatu tetapi digantinya dengan sesuatu yang lain. Seumpama ALLAH sembunyikan matahari tapi diberiNYA pelangi.

Syukur aku ada sokongan yang mengampuh di saat aku rebah. Dialah yang jadi pendengar setiaku. Yang turut sama ketawa dan menangis bersamaku. Yang menemani malam2ku dengan mendengar rintihan aku dan menasihatiku. Sesungguhnya aku sangat berterima kasih.

Tak lain tak bukan, dia adalah adikku. Orang boleh kata begitu senang aku dapat pengganti. Tapi ini bukan pengganti. The bonding is much stronger than the love itself. Ini bukan cinta. Ini kasih sayang. Ini tali silaturrahim. Kerana ALLAH. Uhibbullah. Kalau bercinta, kesudahannya adalah seperti baru aku alami. Tapi kasih sayang ini membawa sampai ke mati. Bukan cinta biasa.

Jadi sekarang, kasih sayang aku terarah pada dia. Dia sendiri pernah terluka dek cinta. Dan kemudian, aku turut merasainya. Lalu, takdir ALLAH menemukan kami. Saling melengkapi. Biar apa orang nak kata, dia adikku. Aku bangga dan aku sayang adikku.

*Saat aku tak mampu tidur di tengah malam kerana terlalu berduka, dia sendiri sanggup bangun bersujud demi ketenanganku dari kejauhan, lalu dia adalah insan sangat aku sanjungi. Terima kasih, dik*

No comments:

Post a Comment