Thursday 26 January 2012

Bayang bayang

Semua orang ada bayang2. Kalau takde bayang2, bukan orang maksodnya tuh. Bayang2 tu adalah peneman yang setia. Di mana2... bila2... ia ada di sisi kita. Cukup dekat. Tak terpisah walau seinci pun. Di sebalik bayang2 ini, ada seribu satu cerita tersembunyi. Ada yang suka dan ada duka. 

Aku sendiri ada bayang2 dan aku sendiri ada menyimpan ketakutan pada bayang2 aku sendiri. Bayang2 dari kehidupan lalu. Bayang2 yang menghantui sehingga aku trauma. Trauma aku - aku takut mencintai dan dicintai. Siapa pun.. apa pun waima binatang dan patung Barbie Doll pun nak disayangi. Aku pun tak terlepas. Tapi ada sesuatu yang menghalang aku dari terus menyayangi dan mohon disayangi. Semuanya gara2 luka. Luka lama yang masih bernanah. Yang masih terasa sakitnya. Yang masih belum sembuh. Dan luka yang kekadang menjadi mimpi ngeriku di malam hari.

Aku bukan seorang yang romantik. Aku kaku. Aku tak pandai nak tunjukkan yang aku sayang. Kekadang ada perangaiku yang membuat orang lain terluka. Bukan niatku, tapi itulah aku. Lagaknya seperti aku membina tembok dari orang lain mendekatiku. Mungkin ya sebab aku takut dilukai lagi tapi mungkin tak kerana aku percaya cinta masih ada. Tapi aku cuba beri yang terbaik dalam komitmenku. Sebab aku sayang orang yang aku sayang dan yang sayangkan aku.

Pernah pada saat aku masih terluka, ada yang datang nak menghulur cinta. Aku lari. Aku takut. Aku taknak cinta. Aku takut terluka lagi. Aku taknak sakit lagi. Aku taknak menangis lagi. Aku taknak jadi lemah lagi. Sungguhpun insan itu masih bersungguh2 meminta belas cintaku tapi aku tak mampu. Tak ada apa yang nak kuberi lepas segalanya aku curahkan untuk yang terdahulu. Masa silam aku dah merenggut segala milik aku. Aku jadi tak punya apa-apa lagi. Lalu jadilah aku seorang Pembenci Cinta - HateLove.

Sejujurnya, aku bukan membenci cinta. Aku suka cinta. Ia cantik. Ia indah. Ia suci. Tapi cinta tu bukan untuk aku. Aku tak ditakdirkan untuk mencintai dan dicintai. Hinggalah satu saat, aku jumpa seseorang yang aku mula menaruh percaya. Perlahan-lahan ada rasa yang tersimpul. Tapi aku cuba menafikannya. Aku taknak rasa itu terus bercambah. Aku takut terluka lagi. Namun siapalah aku, rasa itu adalah anugerahNYA. Lalu jadilah aku seorang pencinta. Mencintai dia. Cinta yang bukan sedikit. Tapi cinta sesungguh-sungguhnya.

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu,
Niat hati tak mahu bercerai,
Kuasa ALLAH siapa tahu.

Dalam perhubungan itu pasti ada pasang surutnya. Tapi bila ia semakin surut, pasti ada yang tak kena. Sungguhlah, tiada apa yang kekal selain DIA. Sekali lagi aku diuji. Sekali lagi aku terluka. Sekali lagi aku menangis. Sekali lagi cintaku dirobek. ALLAH.... sakitnya DIA saja yang tahu. Tapi aku cepat sedar, bahawa apa yang aku kehilangan itu tentu ada hikmahnya. Sedikit demi sedikit ada pekung yang terbuka. Ada cerita di balik cerita. Dan semakin aku mengenal siapa dia. Mengenali sisinya yang tak pernah aku ketahui sebelum ini. Alhamdulillah... Maka benarlah keputusan yang aku ambil ini. ALLAH masih sayangkan aku.

Kita kadang2 tak sedar bila apa yang kita hindari, apa yang kita takuti sebenarnya itulah yang kita perbuat. Kita takut melukai insan yang kita sayang tapi hakikatnya, kita sendiri melukainya. Dengan atau tanpa niat. Kita janjikan bahagia tapi kita sendiri cabuli perjanjian itu. Kita bersumpah nak berikan yang terbaik tapi akhirnya, kebaikan itu tak pernah menjelma. Kenapa perlu jadi macam tuh? Kenapa perlu berkata manis kalau tahu tak mampu nak tunaikan?

Apabila kita pernah terluka, pernah rasa macamana sakitnya ditinggalkan.. kita akan jadi lebih menghargai apa yang kita ada. Kita jaga betul2... kita ulit erat2.. kita belai lembut2 sebab kita taknak si dia lalui apa yang kita pernah lalui. Kita nak dia tahu bahawa perasaan itu benar. Cinta itu tak menyakitkan. Tapi apakan daya, manusia tetap manusia. Rumput di seberang nampak lebih hijau daripada yang di depan mata.

Ada orang membina tembok di sekelilingnya sebab taknak ada rasa yang tak enak hadir. Mungkin betul. Kita reserve diri kita sebab kita taknak terluka. Tapi kenapa perlu ada perasaan itu bila kita yakin pada pasangan kita. Ah... mungkin rasa yakin tu belum cukup kuat untuk meyakinkan hati sendiri. Lalu kita kembali jadi takut pada bayang2 sendiri. Jadi takut untuk melangkah ke depan. Atau kekadang langkah yang diambil itu terlampau drastik hingga tak tahu ke mana hala tuju. Sesat dalam terang.

Dalam memilih cinta, berhati2lah. Jangan ada rasa sangsi. Dan yang paling penting, tanya pada hati sendiri - 'apakah benar keputusan ini?' dan 'apakah dia benar2 yang kita inginkan?'. Andai misal kata timbul syak di dalam hati, seharusnya perbetulkan segera. Diam takkan membetulkan keadaan. Ini membabitkan dua hati. Kalau rasa ianya menyakitkan untuk diluah, diam itu sendiri lebih menyakitkan kerana di satu pihak lagi tertanya2 dan lebih sengsara.

Aku bercakap dari pengalaman. Melihat, mendengar dan merasainya sendiri. Kata Ally McBeal - "Love. All want it. Not all get it. There is no sin in loving men. Only pain!". Cinta cinta cinta cinta cinta... Sampai kiamat pun manusia tetap mencari cinta. Walau kita tahu, the sweetness comes with package - pain. Tak terkecuali aku. Aku tak mampu menolak cinta. Tapi biarlah aku dengan cintaku kini - cinta pada Khaliq, cinta pada keluarga, cinta pada saudara, cinta pada teman dan yang paling penting, cintaku pada diri sendiri. Nobody cant take it away from me except HIM!

No comments:

Post a Comment