Wednesday 25 January 2012

Tanpa Tajuk II

So it's official..... Antara kami dah takde apa2. Sekadar bersahabat. Mungkin itu yang terbaik untuk aku. Untuk dia. Untuk kami.

Kalau ditanya apakah aku redha dengan keputusan ini, aku sebenarnya pasrah. Aku tak mampu berbuat apa2. Aku dah nyatakan apa yang terbuku dalam hati. Dan dia sendiri dah luahkan apa sebenarnya yang terpendam. Jadi aku pasrah. Menyerah dengan ketentuanNYA.

Aku sayang dia. Sangat2. Bukan senang aku nak sayang seseorang. Bukan senang aku nak buka hati terima seseorang. Sungguh, kalau diberi pilihan aku masih mahu bersama dia. Menyelami susah senang dia. Tapi semuanya di luar daya upayaku.

Terima kasih Tuhan sebab sudi pinjamkan dia padaku. Sudi berikan aku kasih sayang ni walaupun sekejap. Dia antara anugerah terindah untukku. Aku tak kesal kenal dia. Malahan aku bangga pernah menjadi sebahagian dalam hidupnya. Semoga dia berbahagia dengan kehidupannya yang mendatang. Aminnn...

No comments:

Post a Comment