Thursday 19 January 2012

My Most Favourite Blue's Monstrosity

Ramai orang tertanya2 kenapa aku gilakan sangat menatang biru nih. First of all, nama ia adalah Stitch. Dan memang aku gilakan Stitch nih. Bukan setakat gila sikit tapi sangat2 gila. Macamana budak2 perempuan boleh terjerit2 nangis2 sampai pengsan bila jumpa artis Korea dorang, macam tuh la aku setiap kali aku nampak patung Stitch. Dan rasanya aku akan bertambah2 histeria kalau aku dapat jumpa face to face Stitch nih. Aku sendiri pernah lancarkan mogok pada ex aku bila dia tunjuk gambar dia bergambar dengan maskot Stitch masa dia ke Disneyland HongKong dulu. Memang jeles giler2.

Bila semua orang dok sebok gilakan Angry Bird la, Ben 10 la, Sailormoon la (eh silap, tuh aku gak lagi)... aku sikit pon tak heran. Tetap Stitch ni bertakhta di hatiku. Sebenarnya aku bukanlah penggila kartun. Ok, dulu mungkin dulu aku gilakan kartun Sailormoon tapi rasanya kegilaan aku pada Stitch melebihi kegilaan aku pada yang lain2. Kalau dulu tengok kedai buku aku boleh kelabu mata, tapi tengok Stitch boleh buat mata aku berwarna warni. Aku boleh ralit tengok Stitch..... *wink*wink*

Famili aku dan mana teman rapat aku tau betapa aku gilakan Stitch. Si dia pun tau sampai si dia pon naik menyampah. Hahahahah Hari tu pernah bila Watson buat promotion We Love Stitch, aku macam orang gila masa tuh. Aku bagitau dia aku nak beli semua merchandise Stitch. Teruk aku kena ceramah sebab benda2 yang aku nak beli tuh semua nonsense kata dia. Yelah.. payung, set sudu garfu, selipar rumah, selimut, mug, tumbler..... Kalau nak diikutkan logik, memang betol la. Takde kepentingan pon. Tapi dah sebab aku gilakan benda alah ni, aku redah jek. Tapi terima kasih atas ingatan dia, aku tak boros belanja. Aku beli payung jek sebab selimut dengan tumbler, kakak aku belikan untuk aku. HUAHUAHUAHUA

Dalam bilik aku sendiri penuh dengan benda alah berkaitan Stitch. Aku wat sendiri jam dinding yang aku letak sticker Stitch, aku ada birthday presents - patung2 Stitch. Setiap kunci dan beg aku mesti ada keychain Stitch. Hurm apa lagi.... Wallpaper henpon gambar Stitch. Dalam kereta aku pun ada bantal Stitch dan langsir Stitch. Sekarang tengah kumpul duit nak beli aksesori kereta Stitch. Dah survey. Dalam RM188 jek hohohoho....

Kenapa aku gilakan Stitch???? Jawapannya entah. Aku sendiri tak tahu. Memang perangai aku macam ni. Aku tak perlukan sebab untuk aku suka atau sayangkan sesuatu or seseorang. Tapi pandangan mata aku, Stitch ni super cute. Dia mungkin jahat tapi dia tetap cute. Dia digambarkan sebagai the ugly duckling. Takde sape suka dia kecuali Lilo. So terasa macam aku dan Stitch nih berkongsi cerita yang sama. Filem dia sendiri banyak membawa maksud yang positif. Terutamanya mesej kekeluargaan.

"This is my family. I found it, all on my own. Is little, and broken, but still good. Yeah, still good."
"Ohana means family, family means nobody gets left behind. Or forgotten." 

Pendek kata, kartun Stitch ni cukup dekat dengan hatiku. So after this jangan tanya kenapa aku suka Stitch nih. Kalau orang laen minat sesuatu kartun tuh sebab nilai komersilnya, aku minat Stitch sebab authenticitynya..... Pada aku, dia sangat pure and original.. Aku sayang Stitchhhhhhhhh!!!!!!!

Stitch: [looking at Lilo's storybook. the picture says 'I'm lost!'] "L-lo-lost... I'm lost."   
(Background blog)

No comments:

Post a Comment