Sunday 22 January 2012

Saat Yang Bahagia...

Siang tadi aku keluar berjumpa dia. Alhamdulillah... Terima kasih Tuhan kerana mendengar doaku. Sungguh aku sangat2 rindu dia. Rindu nak tatap wajah dia. Rindu nak sembang2 dengan dia. Rindu nak tengok dia tersenyum dan tertawa. Tiada apa kurangnya dia di mata aku. Tapi memang tak dapat dinafikan, dia ada rupa. Sebab tuh ramai yang tergila2kannya. Tapi bak kata Adik, out of millions that like him, he chose me. So I should be proud of that. Yup, I'm so proud to have him as mine eventually.

Tak banyak pon aktiviti kami hari ni. Al maklumlah, dengan keadaan kereta yang tak berapa nak mengizinkan. Kemudian, situasi yang mana semua orang mula berduyun2 pulang ke kampung halaman hinggakan bandar kecil ini mula jadi sesak.

Aktiviti pertama adalah makan. Dia lapar. Hahahahaha... Kesian dia. So aku bawak dia makan nasi padang since aku tak tau kat mana lagi nak bawak dia makan. Huhuhuh The food is just ok but the price was not really okay. Mujur aku yang bayar. Kalau aku tunjuk bil kat dia, mampus dia sumpah seranah huhuhuhuh Tapi it's kinda new experience for us sebab ni first time dia makan nasi padang. Juga first time untuk aku sebab yang selalu aku makan ayam penyek jek (eh... masakan minang ke tuh?). Lauk biasa2 je rasanya. Tapi yang menarik ialah airnya. Aku order air Avokado atau air Alpokat/Alpukat. Air nih aku tau bila aku baca dalam novel yang ada scene kat Indonesia. Taste not bad. Cume serdak dia la pekat sket. Huhuhuh While he ordered Kopi Ais Cincau. Rasanye aku rasa macam air kopi ais biasa jek cuma bezanya, ini ada dicampur cincau. So sambil2 makan tuh, banyak la kami sembang.

Dan aku cukup suka tengok dia berselera makan. Tiga kali dia tambah sedangkan aku, nasi yang dia tarukkan pon tak habis. Aku memang dah kurang berselera sekarang ni. Makan nasi separuh jek dan takkan tambah. Huhuhuhuh Cuma tadi ada insiden memalukan bila aku tersedak (nak terbatuk sebenarnya) sampai tersembur sedikit. Mujur aku paling ke tepi. Kalau tersedak ke depan dan nak pulak tersembur jatuh ke dalam pinggan lauk, aramatuan...... Bikin malu jek!! Dan aku pasti, ni mesti kerja Adik aku. Mesti dia ada mengumpat pasal aku sampai aku terbatuk2 dibuatnya. Dan bila aku tanya, memang dia mengaku. CISSS... Adik, ko telah menjatuhkan saham abangmu ini di hadapan dia!!!!!!!!! Huhuhuhuh

Lagi satu insiden menarik, bila aku sembang menu minang. Aku pon salah bagi info sebenarnya.... (kena bagitau dia nanti bila2). Aku ada order Emping Melinjo. At first, I thought ni lah keropok dari kulit sapi tuh. So aku share dengan dia. Dengan kompidennya!!!! HAHAHAHAHAHAH Mula2 ada la dia ambil sikit. Tapi aku bagitau keropok tuh diperbuat dari kulit sapi, terus dia patah selera. Terus dia tak sentuh dah keropok tuh. Nyesal lak aku buat macam tuh. So tadi aku browse internet cari info pasal Emping/Krupuk Melinjo ni rupanya aku salah bagi info. Keropok kulit sapi namanya adalah Krupuk Jangek. Emping Melinjo nih diperbuat dari buah melinjo/belinjo. Huhuhuhuhuh ampunkan diriku, sayang.... X_X

Usai makan, destinasi kami ke shopping complex. Saja jenjalan. Berjalan la kami dari satu kedai ke satu kedai. Dia pon nak cari baju untuk wedding occasion and untuk casual wear. So aku temankanlah dia. Tapi bukan senang nak pahamkan style dan kesukaan dia. Dia super cerewet. Tapi kadang2 aku yang cerewet. Bila dia suka, aku pulak tak suka hahahahaha Then kami masuk ke kedai buku terpakai. Dia beli few used magazines. Then ronda2 lagi. Dia tanya aku pasal tempat aku wat massage dulu. Dia macam berminat. Yelah, orang baru lepas exam. Nak pamperkan diri la tuh. Tapi bila aku tunjuk tempatnya terus dia taknak sebab it was in public. Aku tanya kenapa, dia cakap dia segan. Dia segan nak diurut dengan orang lalu lalang dan tengok dia diurut. Aku tau pasal apa... Dia sebenarnya jenis banyak angin. Selalu bila aku urut (picit2 sikit je pon kekadang tuh) pun dia akan terbelahak macam apa jek. Dah macam Tok2... (owh yelah... dia kan Atokku huhuh) 

Dah puas jalan2, kami gi minum lagi. Destinasi adalah ke OldTown. Memula ingat nak bawak dia ke Ritz Cafe tapi bila pikir2 situ susah nak dapat parking. Lagipun dia nak minum Hazelnut White Coffee. So aku turutkan jek. So kat sana, kami melantak lagi (Sesungguhnya dia sangat kuat makan dan suka makan) sambil sembang2. Again, banyak cerita we share together. He shared about his dream house especially bila kat shopping complex tadi kami masuk SenQ tengok tv. I love to listen to every single things he said. 

It's almost five, so, it's time for goodbye. Hujan turun mencurah2 lebatnya waktu tu. Tapi apakan daya, sudah ada yang menanti dia. Aku tak boleh la nak selfish. Famili dia pon rindu gak kat dia. Plus, the reason dia balik pon sebab nak jenguk famili dia. So berakhirlah kisah aku dan dia untuk hari ini. Meskipun tak puas nak melepaskan rindu tapi yang penting, we did spent our quality time together. Tapi kisah aku aku tak berhenti kat situ saja. Ada kisah lain yang terjadi pada aku pulak selepas itu. Jeng jeng jeng...

Atuk, saya cintakan awak sangat2. Thank you sebab sudi singgah dan jumpa tadi. I really appreciate it. ^^

 

No comments:

Post a Comment