Wednesday 18 January 2012

Confession of A Broken Heart


Hurm.... tak tahu macamana nak mulakan. Dari mana dan bagaimana.... Hari ni, emak menangis lagi. Meskipun cuba disembunyikannya tapi sebagai anak, aku dapat lihat dengan ketara. Yelah, mak sendiri. So kita boleh nampak la bila masa dia suka dan bila masa dia berduka.. Dan aku cukup derita bila melihat emak sudah tiba pada tahap dia sendiri pasrah akan segala2nya.....

Hari ni airmata dia jatuh lagi gara2 lelaki itu! Lelaki yang aku tak tahu nak definisikan sebagai apa.... Dia bukan lelaki jahat tetapi dia lelaki yang tak layak untuk dijadikan idola. Selama hampir 27 tahun aku membesarkan di hadapannya... apatah lagi bila emak yang terpaksa hidup bersamanya selama lebih 31tahun.

Dari kacamata orang luar, dia disanjung. Kata orang dia baik, kelakar dan bijak dalam berkata2. Memang, semua tuh memang tak dinafikan. Tapi pernahkah orang lain melihat dia dari sisi lain??? Dari sisi kami sebagai anak2nya dan dari sudut emak sebagai isterinya???????? Kalau ditanya apa pendapat kami tentang dia, ada seribu satu keburukannya yang boleh senaraikan.

Kata orang, sebusuk2 lelaki itu pun, dia tetap ayah sendiri. Dan sebelum nak menghukum kekurangan dia... telek diri sendiri dulu. Tengok apa jasa yang dah dibuat kepadanya. Sejujurnya, aku boleh senaraikan semuanya!! Dan rasanya aku dah curahkan berlebih2 jasaku.

Proses tumbesaranku dipengaruhi banyak pihak dan keadaan. Aku dibesarkan oleh arwah opah. Emak sibuk kerja tapi syukur, kami masih tinggal sebumbung. Jadi, aku masih boleh merasa kasih sayang emak. "Dia" pada masa itu, banyak terbabit kerja2 luar. Hinggakan masa aku terjatuh sehingga mendapat parut kekal di kening ini pon, dia tiada di rumah.

Dulu kami sangat takut padanya. Dia garang. Salah sikit memang celakalah padahnya. Tapi dalam adik beradik, aku yang paling kuat memberontak. Aku pernah bergaduh dan tak bercakap dengannya selama 3bulan. Jenuh aku dipukul emak suruh aku meminta maaf kepadanya tapi haram aku pedulikan. Sehinggalah emak menangis baru aku pergi meminta maaf kepadanya. Itupun dengan separuh hati.

Bila meningkat dewasa, sikap panas barannya mula surut. Tapi masih ada. Dan aku tau, penyakit panas baran ku ini menurun darinya. Dan aku sangat2 benci bila aku terpaksa mewarisi semua ini!!!!

Aku dibesarkan dalam suasana ruang lingkup yang sederhana. Masih cukup makan pakai. Tetapi semakin aku meningkat dewasa, aku mulai sedar yang bahawa apa yang aku makan dan minum dan juga apa yang aku pakai malah apa yang aku peroleh, bukannya datang dari duit dia. Semuanya hasil titik peluh emak.

Semakin aku boleh berfikir, semakin aku nampak kebenarannya. Dia lelaki yang tak ambil endah tentang hal keluarga. Semuanya diserahkan pada emak. Selagi ia tak membawa apa2 keuntungan padanya, dia tak pernah ambil bena. Dari perbelanjaan sekolah kami hinggalah soal makan minum keluarga, dia tak ambil peduli. Bukan maksud tidak pernah langsung menghulur belanja, tetapi boleh dikira berapa kali lah sangat. Lalu kalau tiba masa dia nak 'berbuat bakti', emak akan suruh kami peras dia habis2an. Bukan salah emak ajar kami begitu sebab apa yang kami minta itu sememangnya hak kami sedari mula!!

Dia juga suka mengungkit setiap sen yang diberi. Padahal tanggungjawab memberi nafkah kepada keluarga adalah tanggungjawab dia!!!! Aku jadi jatuh kasihan pada emak bila emak yang terpaksa menanggung kesemuanya. Mujurlah emak pandai berjimat. Dan kami adik beradik sendiri tak pernah berkira andai emak meminjam duit Tabung Haji kami. Tapi bukan dia!!!! Wang itu tak layak dan tidak halal untuk disentuhnya!!

Orangnya ada rupa. Semasa muda pon kacak. Sebab itu dia jadi kegilaan. Hingga sehingga dia sudah berkahwin dan beranak empat pon, tetap ada yang menaruh perasaan padanya. Dan dia sendiri seorang yang suka melayan. Sejak kecil kami dah menyedarinya..... Bila sekali dia dah terkena, aku fikirkan dia dah bertaubat. Tapi tidak...... nafsu jantannya tak pernah bersyukur dengan apa yang dah dia ada.

Kami sekeluarga diduga lagi. Tapi kali ini, kami hanya mengambil sikap mendiamkan diri sahaja. Tapi bukan bermaksud mata dan telinga ini turut berdiam. Telinga ini mendengar dan mata ini melihat.... YA ALLAH..... aku tak tahu jenis lelaki apa dia itu!! Tak segan silu di hadapan anak sendiri sanggup berkelaku sedemikian. Belum lagi bila aku diajukan soalan tentang dia yang dilihat ke hulu ke hilir dengan orang lain. Kalau seorang yang bertanya aku boleh bersabar, tapi andai banyak mata yang melihat dan banyak mulut yang bertanya.... tegarkah aku hanya berdiam. Belum lagi ia sampai ke pengetahuan emak.

Mungkin betul kata arwah Opah dulu... kalau dah umur 40tahun masih belum tahu nak bertaubat, makanya sampai ke mati lah akan dibawanya perangai itu. Kerana dia, aku membenci diri sendiri. Dan kerana itu aku tegar melafazkan sumpah keramat itu. Biar dia tahu betapa perlakuannya ini telah membuatkan orang lain menderita seumur hidup. Biarlah selama mana hayat aku dipanjangkan Tuhan, aku nak berbakti pada emak. Hidup mati aku adalah demi emak. Andai kata emak dah pergi, maka takde apa aku nak perjuangkan lagi dalam hidup ini. Hal dia biarlah dia sendiri yang uruskan. Dia yang memilih jalan ini. Jalan yang memaksa aku membenci dia seumur hidup aku.

Antara keberadaan dia atau ketiadaan dia, aku tak pernah ambil kisah. Sama saja. It doesn't change anything. Kalau dia ada perempaun lain dan nak kahwin dengan perempuan tu, by all mean.. GO AHEAD! Sesen pun aku tak pernah kesah. Tapi jangan cuba2 nak sakiti hati mak aku! AWAS!!!!!  

Dan inilah pengakuan hati yang terluka.........................................................................................................

No comments:

Post a Comment